Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990)
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Nota : (ayat2 standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi
pada TAHUN INI.
seorang muslim wrote:
Saudara,
Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan
kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang
PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak
RM300.0 Juta.
Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana
Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan
oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen satu liter.
Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu
Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.
Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.
Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air
Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.
Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah
naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong)
bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di
Thailand tak ada bayar tol.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL
(bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta
Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.
Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP
boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah
berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.
Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di
Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka
naik lah harga minyak 30 sen satu liter.
Malaysia Boleh!!!!
Sekian. Salam.
* Tolong hantarkan informasi ini kepada kawan kawan yang anda kenali.Adakah kita harus menjadi mangsa dalam
kejadian sedemikian?Orang lain hutang duit,kita sebagai rakyat Malaysia pula kena membayar ? Yang penting sekali,
bukan setakat bayar sahaja,manakala nak bayar sampai bila ? Adakah ini akan berhenti ?............
No comments:
Post a Comment