29 January 2005

"Best" Office Policy ever!! >__<

Note: This post will be posted in Malay, so if you dont understand it, then I'm sorry. This post was taken in my Friendster's board btw.

" MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa
pada tahun
2005, syarikat ini akan menguatkuasakan
peraturan baru
kepada semua staff. Perkara yang digubal
adalah
seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import,
kereta mewah
atau kereta Honda contohnya, kami
menganggap anda
sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah
uzur, lebih
dari 10 tahun atau menggunakan
pengangkutan awam, kami
mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi
tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional
samaada proton
atau perodua, kami mengandaikan anda
telah
berada di
level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan
gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari
dalam setahun
dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan
ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama
30 minit.
Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk
kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi
rehat selama
15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan
cuma perlu
mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan
diberi rehat
selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka
cuma perlu
makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil
sakit
dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu
pergi ke
Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh
pergi kerja
juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang
mengambil masa
terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun
2005 setiap
seorang hanya boleh menggunakan tandas
selama 5 minit
sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan
stuck,
pintu akan terbuka dan kemera akan
menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda
dirakam, kami
akan menampal gambar anda di notis board
di bawah
korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak
membenarkan anda melakukan sebarang
pembedahan. Jangan
cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari
dalam badan
anda kerana kami mengambil anda bekerja
kerana anda
mempunyai organ yang cukup. Sekiranya
tidak, ini
bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan
peribadi
seperti membaca e-mail, chatting dan games
akan
dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama
seperti harga
pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji
anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak
akan
mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana
harga
penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji
mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat
di syarikat
ini. Kami akan cuba memberikan
perkhidmatan yang
terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan,
kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki
hamun, caci
nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih. "


Listening: Played Alive - Safri Duo.

No comments:

Post a Comment